Thursday, April 11, 2024

Sunday, April 5, 2020

Sejarah Negara 18 Mac hingga 14 April

Malaysia dilanda ujian besar yang belum pernah dilalui. Selepas perubahan kerajaan yang berlaku tanpa pilihanraya. virus Covid19 pula merebak bukan sahaja di Malaysia malah  keseluruh dunia, bermulanya hanya di Wuhan China. Maka kami sekeluarga mengambil peluang ini menjalani aktiviti harian bersama keluarga sahaja di rumah kerana Negara mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kami dapat menjalankan solat jamaah bersama, makan bersama hampir setiap waktu makan, karaoke bersama, ummi yang beli alatnya. Gambar-gambar akan menyusul sebagai kenangan bersama.   

Wednesday, September 19, 2012

RAYA...RAYA..DAN RAYA LAGI


19 Ogos 2012
Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan ku kesempatan dapat menunaikan puasa Ramadhan dan ruang untuk berhari raya bersama kaum keluarga di kampung halaman tempat ku membesar. sungguh rindu suasana tersebut. dan alhamdulillah dapat ku habiskan puasa 6 bersama suami tersayang. ku berdoa agar kekuatan ini dapat terus mengiringi perjalanan hidup kami. Amin.

Raya tahun ini amat bermakna sekali kerana dapat berjumpa dan berkumpul bersama ahli keluarga biarpun tanpa ayah tercinta yang telah kembali kepangkuanNya genap 3 tahun pada Ramadhan ini. Alfatihah. kerinduan tidak dapat diluahkan tika mengingati kembali detik2 bersamanya. Ia mengajar ku erti lebih menghargai sebuah kasih sayang dan menghargai kehadiran insan-insan tersayang yang masih berdamping dgn kita. Semuanya hanya pinjaman, tiba masa pinjaman itu akan dipulangkan tidak lebih dan tidak kurang sesaat pun.

Dapat kuabadikan kegembiraan yang dikongsikan bersama keluarga sebagai tanda kesyukuran bahawa kami 11 beradik yang masih ada ini masih lagi bersatu hati hati menautkan kembali ukhuwwah yang sedia ada. biarpun tanpa kehadiran beberapa ahli keluarga yang tidak dapat bersama pada hari raya pertama kerana turn beraya di rumah mertua, raya kali ini tetap meriah dan gempak. Lets pictures talk..

Keluarga besar kami yang dikenali kerabat HJ Awang...meriahnya raya

Kak Ya Abg Din's  family

My happiness

Cik Noor n Ayah Lah

Yohcit Mad Daud Kilau gittew

Ayoh Ngoh Skandar n his family

Datin Puan Toh Tetuan bergaya polkadot..

Senario di pagi raya

Meriah tengok scene nih
Ni lagi meriah...gamatnya usah dicerita

Bersalama-salaman

Anak2 sedara yang dah besar ngan abg Hazim

Comel si kecik ummi nih

Sama tak muka kami??

Ni anak2 dara yang gedikkks gittew

Suasana hari raya

Yabeda bedu...pilihan warna kami sehati sejiwa...muka pun hampir sefotostat

Nyawaku..kehidupanku

My cutie pie

Salam sayang dari kami berdua...HAKIMALA




RAYA KEDUA (20 Ogos 2012)

Tak kemana, menghabiskan masa bersama keluarga yang geger2 gittew..menghabiskan juadah raya dan menghabiskan baju2 raya...


Si anak dara merajuk masa ni...

Anak2 sedara yg dah sama besar dgn mak sedara

Tu dia...jujukan kereta mainan di petang raya pertama kat rumah Pakcik Amer

Menyantap..mengisi perut

Posing diluar rumah


Kembar tiga??

Tiga beradik yang semakin berkembang...

Bersalaman sebelum pulang ke ibu kota

Post terakhir kami sebelum berangkat meninggalkan kampung halaman dgn memori raya

Alhamdulilah, tamat kembara raya kami di Besut Terengganu dgn 1001 kenangan walaupun tidak semua gambar dapat diambil. Walaupun tahun ini tiak dapat diraikan hari keluarga, setiap kali berjumpa adalah hari keluarga buat kami. Insyaallah. Moga kita dapat bertemu kembali dan ukhhuwah ini tidak akan terputus selamanya.Insyaallah.

Friday, September 14, 2012

ALKISAH..6 SEPT 2012

KIDZANIA

Kidzania mania la kot. After pegi, nak pergi lagi. seronok anak2 ikut rombongan sekolah. Ummi pergi lambat sedikit sebab ada meeting pada sebelah pagi. After meeting, bergegas balik, fetch up Hadif at  nursery n jumpa anak2 kat Kidzania bersama abinya. Seronok sebab mampu mengenalkan anak2 dgn dunia dewasa. dunia pekerjaan, urusan duit dan bank, makan minum dan semuanya diajar agar anak2 berdikari. kita yang dewasa pun agak teruja. Antara hasil tangkapan ummi yang tak berapa banyak, sbb ummi pun still keanak2kan lagi, everything membuatkan keterujaan peringkat maksimum....

Hazim di kilang Oreo. Buat oreo utk ummi dan adik, yummy

Hadif dpn kilang oreo, tapi saya xcukup umur utk jadi pekerja...uhh

Seronoknya...ball banyaaak

Nasreen di butik kecantikan, kene make up bagai

Hadif tolong ummi kat dapur ekkk???

Ni pekerja poslaju...cari duit, blh simpan kat bank.

Si kiut yang aktif mencari duit sampai kena buat atm card sbb duit kidzos banyak sgt...simpanla

Seronok nasreen boleh buat air mineral

Dua beradik di kilang marrybrown, buat berger

Pas buat berger, blh makan.sedap buatan sendiri. tp Nasreen punya berger hanya ada mayonis je, no sos n vege

4 of us with loving, sempat juga snap dpn kereta bomba, blh gerak tau kereta ni...canggih, satgi bunyi siren tu
Berakhirlah pengembaraan kami di dunia kidzania. Next time blh dtg lagi walaupun harga tiket agak tinggi. tapi berbaloi utk anak2 yang menuju ambang dewasa. for ur future team, this place is suitable to cultivate ur personnel and ambition. I want to be a..............xsempat jelajah hospital, klinik gigi n ummi tak sempat nak ambil gambar anak2 jadi pilot dan byk lagi. next time kita datang lagi ye sayang.....

RENTETAN PERISTIWA



 JUN 2012



Tiada apa yang indah dalam hidup ini melainkan dapat menghabiskan masa dengan insan2 tersayang. Malah nikmat iman dan islam itulah yang membuatkan diri kita berasa tenang, aman dan damai walaupun kadangkala perasaan dihimpit derita, dukalara dan pelbagai rencam kehidupan. Tanggal 6 Jun 2012, genap 8 tahun kami membina kerukunan dalam rumahtangga, melarik impian bersama, menyatukan jiwa dan perasaan anugerah Allah dalam melayari kehidupan bersama 4orang permata hati yang cukup membahagiakan. Terima kasih Allah, keranaMu kami di tahap ini, keranaMu kami dapat mengecap nikmat dunia ini dan moga2 ia terus berkekalan sehingga ke akhirat. Tiada apa yang special utk sambutan tahun ini kerana kami menghabiskan cuti sekolah bersama keluarga diTerengganu dan Johor. Pada mlm sebelumnya, hubby sempat mengucapkan selamat ulangtahun disisipkan ucapan terima kasih kerana bersamanya sehingga kini. Cuma aku yang kepenatan sebab seharian dalam perjalanan bersama keluarga dari Terengganu ke Kuantan, so tidaklah berapa nak peduli. Dalam hati, ok...esok sempat lagi nak ucap tapi mungkin xsempat nak buat apa2 yang special. Saat bersama keluarga tersayang pun dah cukup spesel...bukan senang tau! Keesokan harinya, kami memulakan perjalanan ke Kota Tinggi, Johor konvoi dgn adik beradik yang lain. Jam 1 tengahari, kami sampai di mahligai impian Cikti yang cukup indah dan mewah. Rumah baru, semua baru ala2 modern gittew, Rumah berprestasi tinggi. Alhamdulillah, kakakku pun sudah berjaya mendapat apa yang diimpikan. Dan sempena kedatangan kami semua ke rumah barunya, Cik Ti membuat sedikit suprise dengan kek sempena sambutan hari ibu buat emak yang telah banyak berjasa buat kami serta sambutan anniversary aku dan juga cik ti yang sememangnya sama tarikh sambutannya Cuma usia perkahwinan sahaja yang berbeza. Alhamdulillah, 8 tahun berkahwin, kami dikurniakan 4 permata berharga anugerah Allah, itulah harta yang paling berharga kami miliki di dunia ini dan Insyaallah bekalan di akhirat sana. Moga cinta itu terus subur dan bersemi dalam hati kami dengan rahmat dan berkat dariNya. Terus dilimpahi kebahagian, keberkatan rumahtangga dan rezeki yang melimpah ruah sebagai satu jalan untuk menujuNya. Amin.


Setelah menjamu selera, dengan hidangan yang marbeles dari Cikti, kami berehat, bersantai,bersembang tak berhenti. Maklum ajelah, dh lama tak jumpa. After Asar, kami bergerak ke Jusco Tebrau City, sajaer makan angin. then keesokannya terus shut ke Johor Premium Outlet (JPO). Bolehlah kenal2 tempat orang kan...dah alang2 kenal tu rembat jugakla 2 3 helai baju si tecit kat outlet Poney...ermmm. Then kami berpisah setelah bersalaman pada tengahhari, untuk terus balik ke KL dan mereka menuju ke destinasi masing2. Insyaallah, hari raya pula kami dapat berkumpul dgn begitu ramai lagi...ye ke idak ayat saya ni????


JULAI 2012
Tiada apa yang menarik dalam diari kehidupan cuma yang menariknya kami bahagia meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini. Moga diberi kekuatan. MAsing-masing kesikan dgn tugas yang tergalas. Aku di ofis, sibuk dgn sambutan ulangtahun IKIM yang ke 20. Pelancaran buku yang ditunggu2...setelah berpulun,ultimately...jeng jeng jeng
Pada hari pelancaran itulah juga kesibukan memuncak...aku pulak ada tugas untuk radio..uhhh mencinya..cari jugak kesempatan untuk on air. Alhamdulillah, setelah bertahun2 appear radio, this is my first pic yang pernah diambil di konti. Can't u imagine, tak pernah amek gambor, sedangkan selalu di konti malahan orang yang sekalisekala datang ikimfm pun beria2 nak ambil pic. tetapi tidak dgn aku..sebenornya diri tu yang tak berapa suka bergambar...hahaha..tapi kali ini lain. termakan vitamin R yang lebih pulak.

ini pula beberapa gambar yang sempat dirakam di Booth KIAS sempena hari pameran di IKIM bersama kawan2 seperjuangan.


Alhamdulillah, pada malamnya semua staf IKIM dinner di Seri Pacifc Hotel, ermmm makanan Chinese Style, agak tak kena tekak tapi, still boleh masuk tekak. Alhamdulillah. Tetapi gambar agak tidak memuaskan sedikit.

Kemudian diikut dengan sambutan Karnival IKIM yang mana kali ni boleh bawak family. Dan kami berkampung di bilik ofisku sepanjang dua hari kecuali malamla..kami balik rumah. Antara gambar yang sempat diambil...
Haziq dan Nasreen memasuki pertandingan mewarna. alhamdulillah semua dapat hadiah. Abg Hazim, mana?

Abi sibuk melayan keletah si Hadif

Anak2 dan Mr Papa. Enjoy with his performance

Dengan K. Wan.
Dengan murabbi, Ust Pahrol

Hadif and his ballon

Sempat juga ummi amek gambar dgn Boboi boy dan Yaya kat bilik VIP. Anak2 semua lari, takuuuut

Wah, kakak Nasreen berbaik2 dengan si Boboi

Dalam ketakutan, sempat juga snap si kembar yang xnak bergambar ni

Dalam kepenatan, apapun yang penting semua enjoy dan alhamdulillah yang paling membahagiakan, dapat mengecapi nikmat berkeluarga bahagia itulah nikmat yang tidak terhitung nilainya. Moga ditambahi lagi keberkatan ini. Amin